Hari ini rasanya aku nak ubah bahasa kepada Bahasa Malaysia dan mungkin lepas ni akan diselang selikan bahasa dengan bahasa Inggeris. sekurang-kurangnya dapat aku memantapkan penggunaan kedua-dua bahasa. Selepas membaca karya andrea hirata penulis dari indonesia itu aku menjadi teringin untuk menulis dalam Bahasa Malaysia. jadi ini akan menjadi permulaannya.
Hari guru tahun ini bertemakan hitam, putih dan emas, kombinasi yang sangat pelik. Kenapa aku katakan pelik, kerana kami bukan menyambutnya di hotel tetapi di tengah tapak perhimpunan yang amatlah panasnya kalau panas dan amatlah basahnya kalau hujan. warna emas akan memantul-mantulkan sinaran matahari pada hari yang panas. Ish tak sanggup aku mengalami situasi itu. Aku dan kawan-kawan telah cuba sedaya upaya untuk mencari baju yang memenuhi tema itu, hmm bukan satu tugas yang mudah untuk mencari baju yang berwarna emas di Malaysia ni. Akhirnya kami berpakat untuk memakai baju yang berwarna coklat dengan manik-manik emas. pada mulanya kami bertiga berpakat untuk memakai baju yang sama tetapi pada saat akhir salah seorang rakan aku telah belot.
Pada hari kejadian cuaca sangat elok tiada panas dan tiada hujan, mungkin allah tahu apa yang bergelodak dibenak kami. Tetapi aku merasakan sambutan pada tahun ini agak kurang meriah. entahlah mungkin itu cuma perasaan aku sahaja. Dengan ini aku persembahkan gambar yang sempat dicuri pada sambutan hari guru tahun ini.Inilah masanya untuk para pelajar membuli cikgu-cikgu mereka. bermacam permainan yang agak tidak munasabah mereka rancang untuk kami
Itulah dia siapa yang suruh datang tak bawak kerusi sendiri. Pn Yusnita dan Pn Faizatul bermain kerusi bermuzik.
siapalah seorang guru tanpa anak muridnya. bersama dengan pelajar-pelajr 5S1
senyuman ini mungkin khas untuk seseorang, mungkin juga siapa tahukan.
jangan cepat sangat membuat andaian, ini gambar bersama dengan adik kesayangan kami semua
Ini lah rakan-rakan seperjuangan yang sama sekepala.
bersama salah seorang pengawas, Salwah Rosdi
Kami semua hantu kamera, pantang ada peluang ntah kamera siapa masuk je.Tapi kenapa yang dua lagi tu duduk bersembunyi di belakang aku ye. saje nak nampak kuruslah tu. (Mek Zu, Hasiah tak de maknanya korang duduk sembunyi belakang aku, ini namanya tak dapat terima kenyataan kalau badan tu dah makin naik)
Sedondon sama sepasang, inlah dia three stooges yang kehilangan seorang ahli yang belot
Kawan-kawan semeja. Pn Hasiah Ramli (dialah yang belot he he sorry ye hasiah terkutuk engkau), Pn Norizan, Pn Zunaidah, Pn Sharifah madinah, Pn Zu Aniza (inilah penerima guru paling anggun seisi pagi) dan yang duduk tu siapa lagi kalau bukan akuleh tu. sekian saja persembahan untuk hari ini. Sampai jumpa lagi. Asalamualaikum