Hari ini rasanya aku nak ubah bahasa kepada Bahasa Malaysia dan mungkin lepas ni akan diselang selikan bahasa dengan bahasa Inggeris. sekurang-kurangnya dapat aku memantapkan penggunaan kedua-dua bahasa. Selepas membaca karya andrea hirata penulis dari indonesia itu aku menjadi teringin untuk menulis dalam Bahasa Malaysia. jadi ini akan menjadi permulaannya.
Hari guru tahun ini bertemakan hitam, putih dan emas, kombinasi yang sangat pelik. Kenapa aku katakan pelik, kerana kami bukan menyambutnya di hotel tetapi di tengah tapak perhimpunan yang amatlah panasnya kalau panas dan amatlah basahnya kalau hujan. warna emas akan memantul-mantulkan sinaran matahari pada hari yang panas. Ish tak sanggup aku mengalami situasi itu. Aku dan kawan-kawan telah cuba sedaya upaya untuk mencari baju yang memenuhi tema itu, hmm bukan satu tugas yang mudah untuk mencari baju yang berwarna emas di Malaysia ni. Akhirnya kami berpakat untuk memakai baju yang berwarna coklat dengan manik-manik emas. pada mulanya kami bertiga berpakat untuk memakai baju yang sama tetapi pada saat akhir salah seorang rakan aku telah belot.
Pada hari kejadian cuaca sangat elok tiada panas dan tiada hujan, mungkin allah tahu apa yang bergelodak dibenak kami. Tetapi aku merasakan sambutan pada tahun ini agak kurang meriah. entahlah mungkin itu cuma perasaan aku sahaja. Dengan ini aku persembahkan gambar yang sempat dicuri pada sambutan hari guru tahun ini.Inilah masanya untuk para pelajar membuli cikgu-cikgu mereka. bermacam permainan yang agak tidak munasabah mereka rancang untuk kami
Itulah dia siapa yang suruh datang tak bawak kerusi sendiri. Pn Yusnita dan Pn Faizatul bermain kerusi bermuzik.
siapalah seorang guru tanpa anak muridnya. bersama dengan pelajar-pelajr 5S1
senyuman ini mungkin khas untuk seseorang, mungkin juga siapa tahukan.
jangan cepat sangat membuat andaian, ini gambar bersama dengan adik kesayangan kami semua
Ini lah rakan-rakan seperjuangan yang sama sekepala.
bersama salah seorang pengawas, Salwah Rosdi
Kami semua hantu kamera, pantang ada peluang ntah kamera siapa masuk je.Tapi kenapa yang dua lagi tu duduk bersembunyi di belakang aku ye. saje nak nampak kuruslah tu. (Mek Zu, Hasiah tak de maknanya korang duduk sembunyi belakang aku, ini namanya tak dapat terima kenyataan kalau badan tu dah makin naik)
Sedondon sama sepasang, inlah dia three stooges yang kehilangan seorang ahli yang belot
Kawan-kawan semeja. Pn Hasiah Ramli (dialah yang belot he he sorry ye hasiah terkutuk engkau), Pn Norizan, Pn Zunaidah, Pn Sharifah madinah, Pn Zu Aniza (inilah penerima guru paling anggun seisi pagi) dan yang duduk tu siapa lagi kalau bukan akuleh tu. sekian saja persembahan untuk hari ini. Sampai jumpa lagi. Asalamualaikum
Selamat hari guru....welcome back! lama tinggalkan dunia blog..
ReplyDeleteselamat hari guru untuk rita, fizah dan... puan aminah, guru bahasa melayu tingkatan 2 alpha :)
ReplyDeleterita/fizah! anak murid korang "balas" tak apa yang dah kitorang buat kat cikgu dudulu :) ish ish ish...
Razif tiap kali aku berazam nak rajin masuk post tiap kalilah tak jadi.
ReplyDeleteOja aku tak taulah kalau belakang aku student aku dok panggil aku mak penyu ke mak beruang ke. Tapi depan aku depa ok je.Eh ko tengok aku kurus sikit tak dari dulu he he
wow amazing photo...so miss bukit kuda.
ReplyDeleteoja- anak murid aku kelas belakang ja...lain mcm rita kelas depan....tak sama kita nak tread diorg....aku kena pujuk , bawa makanan, minuman..sediakan kemudahan yg selesa bagi mereka dtg kelas aku....aku cubalah...cari sponsor.....kdg2 aku rotan gak....
ReplyDeleterita- sekolah aku lem lagi sambut hari guru....naik cuti nanti...aku uploadkan gbr...ko tgk ye...ko oje pun tgk tau...pastu komen...aku ajk bahgian persembahan dan bdk2 aku pun buat juga.....belum buat latihan...depa tgh peksa...
bdk2 aku depan aku mulut manis...puji memanjang...cikgu hotlah...sweet, lawal lah...model lah , wangi lah....belakang aku diorg panggil aku mak jah.....huhuhu