Monday, July 4, 2011

Aku dan dia,dia,dia........dan dia

Hari ni ubah bahasa sebab rasanya dah lama tak menulis dalam bahasa malaysia. Sebenarnya ini cubaan kali ke berapa entah untuk aku menulis dalam bahasa kebangsaan ini. Harap kali ini berjaya he he. Hmmm tapi apa nak tulis ek, (sambil menggaru kepala yang gatal merenyam, eh ada kutu ke).Aku ingat lagi masa sekolah rendah dulu, kutu penuh di kepala. Bagaimana memutihnya bunga lalang begitu putihnya telur kutu yang lekat dirambut . Siksa betul bila kepala berkutu ni, org tak nak dekat, dulu aku duduk di kawasan setinggan dan mandi air perigi mungkin disebabkan persekitaran yg sihat itu memanggil2 kutu2 untuk singgah lalu menetap dan bermustautin di kepala muda ku waktu itu. Masih jelas dlm ingatan jururawat datang ke sekolah aku dan menyapu ubat kutu dengan berus cat. Sewenang2nya kepala kami diberus seperti mengecat dinding lagaknya. Aduh simpati aku pada diri sendiri. Tetapi bila aku berpindah ke kawasan perumahan taman sri skudai, kutu2 yg membiak dengan jayanya seakan merajuk lalu membungkus kain baju meninggalkan kepala ku yg muda dan berambut pendek. Akhirnya aku bebas dari tambahan beberapa gram dari kutu2 yang menghuni kepala aku ni. Al kisah dizaman kanak2 aku dengan sahabat2 beribu yang begitu dekat dengan aku di atas batu jemala aku. Eh sejak bila lah pulak aku bersahabat dengan parasit ni. Pembetulan perkataan sahabat perlu ditukar dengan perkataan parasit pemunah bangsa dan agama he he. Asalamualaikum
Published with Blogger-droid v1.7.1

3 comments:

  1. Hi Laily, how are you and anak2? Hope this finds you well.
    As you know, my bahasa sebelum Merdaka da out of tune, but boleh faham and noted you did not used a lot of latest bahasa shortcuts.
    Itu la buat saya lintang pukang, ha ha. As well the new spellings so different to what I learned long ago.

    About this kutus, I remember some of my friends had them and the parents potong them botak, ha ha. Even one mother too, she when all else failed, shaved off her hair.

    But today I believe there are all kinds of lotion, whatever to help stop, prevent this parasites.
    The house too has to be cleaned inside out.
    You keep well, have a nice day.
    Lee.

    ReplyDelete
  2. Thanks Lee you never fail to come and visit me, really appreciated it. Luckily my mother did not shave my head. Read about what you write about the situation happening now in Malaysia. Really it,scares me. being suppresed from voicing out really deny us our freedom.

    ReplyDelete
  3. Aku ada try tulis blog melayu tapi dek kerana muak dengan tulisan tu aku dah delete dah pun..macam tak sedap dah bahasa aku..macam mana nak terbitkan novel ni.

    ReplyDelete